salam ukhuwah..
sesungguhnya ana akan sentiasa menekankan bahawa manusia tidak boleh lari dari perasaan Cinta dalam hidupnya. Hal ini kerana tanpa cinta anda pasti kecundang di dunia ini. Pendek kata, Cinta itu anugerah daripada Allah SWT yang tidak berbelah bahagi nikmatnya.
Ketahuilah rakan-rakanku, zikir kepada Allah adalah amalan paling ampuh untuk mencapai kekuatan dan keteguhan. Di samping itu, ianya merupakan salah satu bukti dan tanda cinta kepada Allah SWT.
Allah menjadikan Zikrullah sebagai Amalan yang baik untuk mencapai dalam jihad. Nabiyullah Yusuf A.S. oun memohon bantuan untuk mencapai kekuatan dengan zikrullahsaat dirayu oleh seorang perempuan cantik ysng memmpunyai kedudukan tinggi. Demikianlah pengaruh zikrullah dalam memberikakan keteguhuan iman kepada pengamalnya.
Marilah kita renungkan betapa hebatnya kuasa zikrullah. pada hematnya, seseorang yang berzikir ini bolehlah dianggap seperti seseorang yangg sedang mengingati dan merindui kekasih hatinya. Padahal kekasih hatinya itu amatlah terlalu pemurah dan tidak mengharap sebarang bantuan. Jadi, apabila kekasih ini diingati, nescaya kekasihnya itu sentiasa mengabil berat akan orang yang mengingatinya.
Ana pernah terbaca sebuah buku yang mencertitakan sebuah pedoman kepada manusia. Diceritakan bahawa Allah SWT itu terlalu sayang dan cinta kepada orang yang bertakwa. Sebab itulah, Allah SWT telah mensyariatkan salah satunya sembahyang fardhu lima waktu. Sedarlah bahwa diwajibkan solat fardhu kepada kita bukanlah bermaksud membenbankan kita, tetapi Allah SWT yang MAha mengetahui begitu sedar bahawa manusia sentiasa dirundung kesusahan dan kerunsingan. Oleh itu, melalui sembahyang, manusia mampu menzahirkan kesusahan itu dan menenangkan fikiran. Subhanallah!! Allah yang berkuasa mahu hambaNya memohon pertolongan daripadanya.
Jadi, tidakkah kita berfikir betapa zalimnya seorang insan yang meninggalkan solat fardhu. HAl ini bolehlah diibaratkan seperti seorang nenek yang begitu mengharap berjumpa dengan cucunya, nenek tersebut tidak mahu meminta apa2 bahkan telah menyediakan pelbagai hadiah kepada cucunya. Alangkah sedihnya nenek tadi jika cucunya itu enggan berjumpa dengannya. Sombong!! itulah yang sewajarnya keluardari lubuk hati nenek tersebut kepada cucunya itu. Namun perasaan Cinta terhadap cucunya sentiasa membataskannya daripada menzalimi cucunya.
Begitulah jua, dengan Allah SWT, yang sentiasa mencintai umat manusia, namun, masih jua ada yang ingkar. Sama-samalah kita mengingat Allah SWT, kerna ingatlah, Dia jualah yang mencipta dirimu, kepadaNya jualah anda akan kembali. Setitik mahu pun sedebu cinta-NYa terhadap anda, sudah cukup membahagiakan diri anda di dunia dan juga di akhirat..
sekian..
Salam..
13.5.08
Zikir Cinta
5:50 PM Posted by Amin Rukaini Mustafa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment