5.3.10

Jika Cinta Itu Datang, Bawalah ia ke Syurga

5 comments

Jatuh yang tak mengundang orang simpati ialah jatuh cinta.CINTA adalah fitrah dan kurnia ILLAHI.Tidak ada siapapun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai.Namun demikian , puncak CINTA ada orang masuk syurga kerana CINTA dan ramai orang yang dihumban ke neraka gara-gara CINTA. Nauzubillah. CINTA yang bagaimana yang mampu membawa seseorang ke surga?
CINTA yang dialirkan oleh ALLAH ke dalam hati, itulah CINTA yang benar, suci lagi murni.CINTA yang bukan diukur ikut pandangan mata,tapi ikut pandangan ALLAH.Ia atas dasar ALLAH dan CINTA terjadi atas keredaan ALLAH.CINTA begini tiada batasannya.Tidak pula kenal jenis kelamin dan kedudukan.Dan CINTA ini lahir hasil dari CINTA kepada ALLAH jua.

CINTA KERANA ALLAH

Kalau berlaku antara lelaki dan perempuan yang tidak diikat oleh perkahwinan , mereka tak perlu untuk berjumpa,berbicara atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemauan ALLAH.

CINTA mereka tidak akan tercela oleh nafsu birahi.Sebaliknya CINTA itu adalah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah berjumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang kita cintai ditimpa susah,senangkalau yang dicintai itu senang. Sanggup susah dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

CINTA yang begini diceritakan dalam hadis, yaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana ALLAH maka mereka akan mendapat perlindungan 'ARSY ALLAH di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing orang mengharap sangat perlindungan daripada matahari yang sejengkal sahaja daripada kepala.

Kalau berlaku sesama suami isteri , maka isteri akan meletakkan seluruh ketaatan kepada suami, hormat dan melayani suami tanpa jemu. Baik ketika suami menunjukkan kasih sayang atau ketika suami menunjukkan kemarahan. Baik ketika suami sedang kaya atau miskin, CINTA isteri kepada suami tidak akan berbelah bahagi kerana CINTAnya pada suami datang daripada ALLAH hasil ketakwaan isteri. Biardatang badai melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan CINTAnya yang utuh dan teguh. Inilah CINTA sejati.
Begitu juga suami , CINTA pada isteri tidak pandang itu isteri tua atau muda.Termaktub dalam hatinya, selagi isteri taat pada ALLAH, isteri itu akan tetap dikasihinya.
CINTA ALLAH YANG UTAMA

Sumber CINTA yang datang dari ALLAH akan meletakkan ALLAH yang paling tinggi dan utama.Apabila berlaku pertentangan antara CINTA ALLAH dengan CINTA pada makhluk maka CINTA ALLAH pasti akan menang.

Sebagai contoh seorang isteri yang CINTA pada suaminya.Tiba-tiba suaminya melarang isteri melakukan ketaatan pada ALLAH, dalam hal menutup aurat, padahal menutup aurat itu ALLAH wajibkan, maka kecintaan pada ALLAH itu akan mendorongnya untuk tetap melaksanakan perintah-NYA walaupun suami tidak suka ataupun harus kehilangan suaminya.
CINTA yang datang daripada ALLAH menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah ALLAH yang kecil ,apalagi perkara yang besar. Seseorang yang sudah dapat mencintai ALLAH ,CINTA yang lain jadi kecil dan rendah baginya.

Sejarah menceritakan kisah CINTA Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh CINTA nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf , dia sanggup hendak menduakan suaminya yang bertugas sebagai seorang menteri.

Ketika Nabi Yusuf menolak keinginannya, Zulaikha menarik baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat daripada peristiwa itu , Nabi Yusuf telah dimasukkan ke penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu CINTANYA kepada Yusuf.

Penderitaan CINTA yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabakan dia berubah daripada seorang perempuan yang cantik menjadi perempuan tua yang tidak cantik lagi. Matanya banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan daripada ALLAH terhadapnya. Lalu ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf mengawini Zulaikha setelah ALLAH mengembalikan kesihatan dan kecantikannya.

Peliknya , ketika Zulaikha mengenal ALLAH, datanglah CINTAnya pada ALLAH sehingga waktunya lebih banyak dihabiskan untuk bermunajat dengan ALLAH dalam ibadah dan zikir.

Begitulah betapa CINTA yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan setelah mengenal dan CINTA kepada ALLAH. CINTA ALLAH adalah CINTA taraf yang tinggi. Puncak CINTA ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di surga yang dipenuhi kenikmatan.

CINTA pada ALLAH akan lahir pada orang yang mengenal ALLAH. Kerana CINTA  yang lahir ada penyebabnya. Jika wanita CINTA pada lelaki kerana kayanya, baiknya,tampan, dan sebagainya dan lelaki CINTA wanita kerana kecantikan, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan merasa lebih patut dicurahkan rasa CINTA pada ALLAH kerana segala kenikmatan itu datangnya daripada ALLAH.

Pembaca kalian, ALLAH yang menciptakan kita sebagai-NYA , kita diberikan berbagai-bagai nikmat seperti kesihatan yang baik , kegembiraan dan lain-lain. Baik kita ingat krpada-NYA ataupun ataupun tidak, kita tetap diberi-NYA nikmat-nikmat tersebut. Begitulah , kebaikan yang diberikan ALLAH kepada kita terlalu banyak sebagaimana firman-NYA, yang bererti:

"Kalau kamu hendak menghitung nikmat -nikmat ALLAH, niscaya tidak akan terhitung."
 
Alangkah biadabnya kita kalau kita gagal mengambil segala nikmat-Nya tapi lupa untuk bersyukur pada yang Memberi. ALLAH mampu sahaja menyusahkan dan menyenangkan kita dengan Kudrat dan Iradat-NYA.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada ALLAH. Malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat daripada ALLAH.CINTAnya tertumpu pada ALLAH ,penyerahan diri pada ALLAH sungguh- sungguh. Dan CINTAnya pada makhluk berlandaskan CINTAnya kepada ALLAH.


Ada orang mengatakan :"JIKA KAU BERIKAN HATIMU ATAUPUN CINTAMU PADA MANUSIA NESCAYA CINTAMU AKAN DIROBEK -ROBEKNYA. TAPI KALAU HATI YANG PECAH ITU DIBERIKAN KEPADA ALLAH NESCAYA AKAN DISATU-SATUKANNYA .ERTINYA CINTA DENGAN ALLAH PASTI TERBALAS. DAN ALLAH TIDAK MEMBIARKAN ORANG YANG DICINTAI-NYA MENDERITA DI AKHIRAT."

Jadi seorang yang bijak dan beradab dalam meletakkan kecintaan yang besar pada ALLAH, pada Rasulullah dan barulah kepada makhluk -makhluk lain di samping-NYA.Itulah konsep CINTA yang yang betul dan menguntungkan di dunia dan di akhirat. Itulah dia CINTA kita pada ALLAH SWT yang patut kita letakkan.



SEKALI RASA CINTA ITU HADIR

INGATLAH IA ADALAH KARUNIA ALLAH

HIDUP INI MENJADI INDAH KERANA CINTA

CINTA YANG SUCI

BUKAN CINTA YANG MENYERET KE NERAKA.

SEKALI RASA CINTA ITU HADIR

SAMBUTLAH DENGAN BENAR

JAGA PELIHARA

DAN JADIKAN IA CINTA YANG MENGHANTARKAN KE SURGA

 

Mahabahtullah | Copyright 2009 - Modified by Amin Rox