27.5.08

Cinta kerana Allah


Dilihat dari usianya beliau sudah tentu tidak muda lagi, usianya yangg sudah senja bahkan sudah mendekati malam, Pak Ramli,58 tahun. Rutin hariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit, isterinya juga sudah tua, mereka mendirikan rumah tangga sudah lebih 32 tahun. Mereka dikurniakan 4 cahaya mata.

Di sinilah awal ujian muncul, setelah isterinya melahirkan anak keempat, tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak mampu digerakkan. Perkara ini terjadi selama 2 tahun, beransur tahun ke tiga, seluruh tubuhnya menjadi lemah kaku bahkan terasa tidak bertulang, lidahnya sudah tidak mampu bertutur kata lagi.

Setiap hari pak Ramli memandikan Isterinya, membersihkan kotoran, menyuap makanan, dan mengangkat isterinya ke atas katil. Sebelum berangkat ke kerja, dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak merasa kesepian. Walaupun isterinya tidak dapat berbicara tetapi dia selalu melihat isterinya tersenyum. yang untungnya tempat pak Ramli bekerja tidak begitu jauh daripada rumahnya. Pada waktu tengahari dia pulang untuk menyuap isterinya makan.

Pada petangnya pula, dia pulang memandikan isterinya, menukarkan pakaian, dan selepas maghrib dia menemani isterinya menonton televisyen sambil menceritakan segala pekerjaannya pada hari tersebut.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang tapi tidak mampu membalas ucapannya, Pak Ramli sudah cukup senang bahkan dia selalu memanjakan isterinya setiap kali ingin tidur seperti pasangan romantis yang lain.

Rutin harian ini dilakukan oleh Pak Ramli selama lebih kurang 25 tahun, berbekalkab kesabaran, dia merawat isterinya bahkan pada masa yang sama membesarkan keempat-empat cahaya mata mereka. Sekarang, anak-anak mereka sudah dewasa dan mampu berdikari, yang tinggal hanyalah anak bungsu yang masih sedang belajar di universiti.

Pada suatu hari, keempat-empat anak Pak Ramli berkumpul di rumah orang tua mereka untuk menjenguk ibu mereka. disebabkan masing-masing sudah berkahwin, jadi mereka tinggal dengan keluarga masing-masing. Pak Ramli mengambil kata putus bahawa beliau sendiri yang akan menjaga ibu mereka, yang dia inginkan hanya satu, semua anaknya berjaya.

Dengan perkataan yang lemah lembut, anak sulungnya berkata, ” Ayah, kami ingin sekali menjaga ibu, sejak dari kecil kami dibearkan, tiada langsung keluhan yang diluahkan oleh ayah terhadap bebanan menjaga ibu kami. Malahan ayah pula melarang kami menjaga ibu”. Air mata anak itu berlinangan kristal lalu diluahkan kata-katanya,”Sudah empat kali kami cuba merayu kepada ayah supaya berkahwin lain,kami yakin ibu pasti mengizinkan ayah berbuat demikian, kami sudah tidak sanggup meliaht ayah derita begini..kami berjanji akan menjaga ibu sebaik mungkin jika ayah berkahwin lain, ayah perlukan teman”.

Pak Ramli menjawab hal yang sama sekali tidak diduga anak-anaknya.

” Anak-anakku. Sekiranya hidup di dunia ini hanya untuk memuaskan nafsu, mungkin ayah akan berkahwin lain, tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sisi ayah, sudah memadai bagi ayah, dia jualah yang telah melahirkan kalian”


Tekaknya seolah-olah tersekat, sebak dadanya tidak mampu dipendam lagi, lalu diteruskan jua “….Wahai kalian yang ayah sayang hingga sanggup berkorban apa sahaja terhadap kalian nampaknya tidak memahami dan tidak langsung mempunyai hati!. Coba kalian tanya ibumu……..Apakah dia menginginkan keadaanya seperti ini. Kalian menginginkan ayah bahagia kan?, tapi apakah batin ayah mampu menjadi bahagia?"

Jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta tetapi dia tidak mencintai sesuatu kerana Allah,maka semuanya akan luntur.Ayah memilih ibu untuk menjadi pendamping hidup ayah,dan sewaktu dia sihat ibu sentiasa menjaga makan minum ayah, menjaga ayah di kala ayah sakit,mencintai ayah dengan sepenuh hati dan batinnya tetapi bukanlah sekadar dengan mata; dia memberi ayah empat orang anak yang comel-comel dan lucu-lucu………wahai kalian. Akhirnya kalian membesar menjadi anak-anak yang pintar-pintar.

Sekarang ibu kalian pula sakit berkorban untuk ayah karena Allah…dan itu merupakan ujian bagi ayah, oleh itu walaupun ayah sihat sudah tentu aya tidak akan mencari penggantinya, dialah satu-satunya belahan jiwa ayah, ayah mencintai kerana Allah..

Setiap malam ayah bersujud dan menangis dan ayah dapat mengadu kepada Allah,di atas sajadah….dan ayah yakin hanya kepada Allah, ayah percaya Dia jualah tempat untuk menyimpan dan mendengar rahsia ayah..

[Kisah Benar, diadaptasi bagi memudahkan pembaca memahami, diceritakan berdasarkan pengalaman seorang hamba Allah]

1 comments:

Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuhanku....

 

Mahabahtullah | Copyright 2009 - Modified by Amin Rox