23.5.08

Pokok Cinta


salam ukhuwah..

dalam mengejar Cinta illahi, kita seharusnya mengetahui beberapa aspek yang penting. hal ini kerana usaha yang dilakukan hanya sekadar pada cita-cita tanpa jalan yang lurus tidak akan membuahkan hasil yang diingini.

dalam hal ini, ketahuilah, bahawasanya Islam menggariskan beberapa landasan untuk diekori dan diamalkan oleh umatnya. Pendek kata, Islam sentiasa menyediakan jalan dan penyelesaian.

Aspek2 tersebut ialah:

>>Iman
>>Ilmu pengetahuan
>>amal Soleh

Melalui ketiga-tiga peringkat ini, anda mampu mentarbiyahkan diri anda untuk menjadi seorang insan yang mencintai-Nya.

Iman bereti anda yakin dengan segala yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW. Anda yakin akan adanya hari kiamat, hari pembalasan, wujudnya malaikat kiraman katibin, wujudnya syurga dan macam2 lagi. Iman mampu menjadikan seorang insan begitu berani dan sanggup berkoraban apa sahaja. sebagai contoh, Semasa para sahabat Rasulullah berhijrah ke Syam untuk mencari perlindungan, mereka telah dikepung dan dikehendaki berjumpa dengan Raja Najashi. Lalu mengikut tradisi, mereka perlu menyembah atau tunduk kepada raja tersebut. Maka sahutlah seorang sahabat dengan berani, "Kami adalah hamba yang tidak tunduk kepada sesiapa melainkan Allah SWT'. Hebat bukan?? Hebat. sehinggakan orang bukan Islam kagum dan gerun pada ketika itu begitu mengagumi ajaran ISlam kerna penganutnya sanggup berjuang habis-habisan demi Allah SWT.

Dengan Ilmu, anda akan menjadi orang yang lebih berhikmah.Anda mengenali Allah SWT, anda MEgetahui syariat agama, anda mengetahui permainan kehidupan anda mengetahui segala-galanya. HAdirlah ke majlis ilmu, rajinlaj membaca buku, kitab-kitab, dan berbagai-bagai cara lagi mampu dilaksanakan bagi menambah ilmu. Dalam ayat Al-quram Allah SWT menyinis bahawa adalah tidak sama antara orang yang berilmu dengan orang yan tidak berilmu. Menuntut Ilmu itu wajib ke atas sekalian Muslim.

Buah Iman dan Ilmu ialah amal. dengan amal soleh, anda menzahirkan Cinta anda dengan Melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. maka lahirlah Takwa. itulah sebaik-baik bekalan. Bunga Cinta orang yang beriman ialah takwa. Dengan berbunganya Takwa, harumannya ialah Syurga..

Oleh itu, sedarlah bahwa manusia itu perlu berusaha kerna manusia diberi akal untuk berfikir-membezakan dengan makhluk2 yang lain..
ayuh!!!
sekian..
salam ukhuwah.
>>

0 comments:

 

Mahabahtullah | Copyright 2009 - Modified by Amin Rox