27.5.08

Salam Cinta


alahamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerna dengan Cinta-Nya kepada kita, masih sempat kita menarik nafas lega, menghembus udara kehidupan. Indahnya kehidupan di dunia jika segala-galanya berteraskan pepohon cinta. Tenangnya kehidupan ini jika Cinta tumbuh di setiap pelusuk jiwa.

Cinta itu rahmat Illahi. Dengan Cinta jiwa yang sentiasa resah, goyah dan rapuh menjadi tenang, terasa begitu indah, badan seolah-olah hilang, ringan bak kapas yang melayang, minda bertebangan, dunia ini ibarat syurga, tiada kata-kata mampu diungkap.

Oleh yang demikian, ana tertarik untuk mengajak para remaja, dewasa dan seluruh manusia untuk menyebarkan Cinta. Apakah anda beranggapan Cinta itu hanya bererti apabila dua insan sedang 'berjiwang', 'bercouple', melabuhkan nafsu syahwat masing-masing?
Tidak. Islam tidak pernah menghadkan erti Cinta. Cinta itu terlalu luas. tapi yg tertinggi ialah cinta kepada Allah SWT. Cinta yang megobarkan semangat Jihad!

myspace code
CommentEstate.com: Click Here To Get One
Myspace Code - Chicken Recipes - Watch Naruto Online

Namun, dalam kehidupan harian kita, terlalu mudah untuk kita sebarkan salam.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam juga menyatakan salam itu sebagai sebab-musabab yang membawa kepada iman dan menyampaikannya ke syurga. Seperti hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam at-Termidzi dan Ibnu Majah, daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

"Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Tidak mahukah kamu ku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu membuatnya kamu akan berkasih sayang? (iaitu) sebarkan salam di kalangan kamu."


Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Termidzi yang bermaksud:

"Apabila seseorang dari kamu tiba di dalam majlis, hendaklah mengucapkan salam dan apabila bangun daripadanya hendaklah juga mengucap salam. Kerana tidakkah salam yang pertama itu lebih utama dari salam yang kedua."


Salam itu mempunyai kaedah-kaedah yang tertentu. Jadi setiap muslim yang sejati hendaklah mengucapkannya dengan baik dan melaksanakannya dengan teliti di dalam kehidupan sosialnya. Kaedah-kaedah ini tersimpul di dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah radiallahuanhu katanya, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

“Orang yang berkenderaan mengucapkan salam kepada orang yang berjalan kaki dan yang berjalan kepada orang yang duduk dan yang sedikit mengucapkan salam kepada yang ramai.”

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menetapkan bahawa orang yang paling utama di sisi Allah subhanahu wata’ala dan keredaan-Nya ialah orang yang memulakan salam kepada manusia sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud dan al-Imam at-Termidzi, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang utama di sisi Allah subhanahu Wata’ala ialah orang yang memulakan salam kepada mereka."

Ucapan salam yang terafdal ialah "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" yang bermaksud salam sejahtera, rahmat Allah subhanahu wata’ala dan berkat-nya ke atas kamu. Orang yang ditujukan salam kepadanya hendaklah menjawab "Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh" yang bermaksud dan ke atasmu salam, rahmat Allah subhanahu wata’ala dan berkat-Nya.

Oleh itu, Nabi Muhamad SAW sendiri pun menggalakkan umatnya memberi salam, jesturu, mengapa kita perlu malu-malu kucing untuk memulakannya. Sedangkan dengan salam akan memwujudkan bibit Cinta yang Allah redai. Berat sangatkah mulut kita? Mahal sangatkah suara kita? Kepunyaan siapakah mulut dan suara ini? Adakah kita yang menciptakanNya?

Sedarlah wahai jiwa yang tenang dan minda yang sedar, jiwa yang menginginkan ketenangan. Marilah kita kembalikan sunnah nabi ini, sebarkan Salam! Sebarkan Cinta.
Ingat janji Allah, Syurga..

Salam ukhuwah..

0 comments:

 

Mahabahtullah | Copyright 2009 - Modified by Amin Rox