21.5.08

Destinasi Cinta


Salam.
Hati ana terdetik untuk mengaitkan perkaitan antara Cinta dan Destinasi bagi seorang insan..hm..

Seperti topik2 yang lain, ana seringkali akan menekankan tema Cinta kerna ana sedar dan yakin, jiwa insan sering merindukan cinta. Secara fitrahnya, cinta itu ialah satu anugerah ilahi, manusia tidak dapat hidup tanpa cinta.

Kawan2ku, sedarlah bahawa sekiranya kita berfikir sejenak, secara jelasnya Allah SWT taala telah memasukkan elemen2 cinta dalam hidup ini. Cubalah anda lihat bagaimana luasnya bumi ini dipenuhi dengan pelbagai kehidupan, binatang, tumbuhan, lautan, dan macam2. tidakkah anda terfikir dan bertanya, untuk siapakah semua ini? Dari minda yang sentiasa sedar, ketahuilah, semuanya adalah untuk penghidupan manusia. Ya, kerna ini adalah Sunnatullah..

Maka beruntunglah sesiapa yang benar2 dicintai oleh Allah. Seorang ulama pernah berkata kepada sahabatnya: ' Jika kamu mendoakan aku, maka doakanlah agar aku sebagai salah seorang yang dicintai-Nya. Sebab, kerna cinta, maka seorang ayah akan berulang kali memaafkan kesalahan anak-anaknya. Jadi jika Allah mencintaimu, Kamu tidak akan merasa takut.

Berbalik kepada topik DESTINASI CINTA. Mungkin anda pernah mendengar lagu mahupun nasyid yang mengumandangkan tajuk destinasi cinta, tetapi itu bukanlah mesej ana. tetapi apa yang ana cuba sampaikan sebuah destinasi yang dipunyai roh yang dari dahulu mencari cinta.
Ketahuilah, bahwasanya, roh itu sejak diciptakan telah leka dan enak dengan cinta. Bahkan roh itu dulunya sentiasa mendampingi kepada Sang Khalik, mencinta-Nya sedalam-dalamNya. Hal ini bukanlah dongengan mahupun mitos, tetapi telah pun termaktub di dalam Kitab Al-Quran.

Dalam Surah Al-Araf, ayat 172:
"Bukankah Aku ini Tuhan kamu sekalian, Lantas mereka (para roh) menjawab (ya) kami semua bersaksi".

Justeru, roh yang dahulunya begitu mencintai tuhannya ditiupkan ke dalam rahim ibunya. setelah memasuki alam rahim selama lebih kurang 9 bulan, roh tadi bergabung dengan jasad dan lahir sebagai seorang insan, manusia.

Diibaratkan seperti kain putih, insan yang bergelar bayi itu ialah anda sewaktu kecil yang kemudiannya dibesarkan oleh kedua-dua ibu bapa anda mahupun penjaga anda. Maka hiduplah anda sebagai seorang manusia yang beragama Islam, Alahamdulillah. Ketahuilah, antara nikmat yang terbesar setelah anda memasuki Alam Duniawi, yang pertama ialah ISLAM. Kerna dengan Islam anda telah mendapat Kunci-kunci syurga, iaitu kalimah Toyyiba, Lalilahaillah. Yang kedua ialah Iman dan yang terakhir ialah Ihsan.

Secara kajian saintifiknya, manusia telah melakukan pelbagai kajian tentang Jirim dan Jisim. Untuk pengetahuan anda, kehidupan di dunia ini benar2 ibarah sebuah tempat permainan. Pernahkan anda melihat filem Matrix? Matrix Reloaded? Begitulah ibarat kehidupan. Hal ini kerana, melalui penelitian para saintis, didapati manusia sebenarnya hanyalah berinteraksi dengan impulse2 (electrical charges). Bahkan apa yang anda sedang membaca sekarang hanyalah ilusi dari minda anda.

Kerna apa ana berkata begitu, mari ana terangkan. Tahukah anda bahawa setiap objek itu terdiri daripada atom yang terbentuk daripada beberapa subpartikel yang dikenali sebagai nukleus, proton, neutron dan elektron. Sebagai contoh, sekiranya anda sedang memegang tetikus sekarang, apa yang berlaku ialah-receptor sentuhan yang terdapat di hujung jari anda akan mengeluarkan input yang dikenali sebagai impulse. seterusnya impulse ini akan dihantar melalui urat saraf ke otak anda. seterusnya otak anda akan menginterpret segala input tadi menjadi maklumat dan data. akhirnya ada dapat merasai sentuhan tadi.

Tidakkah anda terfikir, sebenar-benarnya, anda hanyalah berinteraksi dengan electron2 sahaja?
ya, benar. Ini telah dibuktikan secara saintifik. cuma, yang menjadi ideanya di sini ialah, apa yang anda lihat, sentuh, rasa, dengar dan segala aspek pancaindera adalah maya. Kerna semuanya adalah mainan minda dan otak sahaja. apa yang anda lihat hanyalah electron2 yang dipancarkan ke dalam otak anda dan menhasilkan imej2 tertentu. jadi otak anda diibaratkan sebuah komputer yang menggambarkan segala-galanya apa sahaja input yg diberikan.

Jadi bolehlah dikatakn bahawa Dunia ini pada hakikatnya maya. tetapi melalui kekuasaan Allah SWT yang Maha Bijaksana, semuanya menjadi realiti. Hebat bukan? Jadi bagi sesiapa yang mengetahui hakikat kehidupan ini dari sudut saintifik, nescaya beliau akan lebih tertarik kepada penjelasan agama.

ketahuilah, Dalam ayat2 Al-Quran, dunia ini diibaratkan seperti sebuah permainan. (macam matrix tadi..) dunia ini juga menjadi tempat mencari amal- Darul Amal. Dunia ini juga hnya sementara dan tidak bernilai di sisi Allah SWT melainkan orang2 yang beriman dan bertakwa.

Kembali kepada Destinasi Cinta. Manusia yang telah hidup tadi pasti akan mati. Maka terpisahlah Roh dengan Jasad. Lihatlah, Jasad hanya sementara, walhal roh tetap abadi. dengan itu, masuklah roh tadi ke alam barzakh atau alam kubur.

Kemudian, roh tadi akan dibangkitkan apabila tibanya Alam Akhirat. Nescaya, jika roh yang hidupnya dihabiskan masa mencintai Allah SWT, iaitu melaksanakan suruhan-Nya dan meniggalkan larangan-Nya, maka destinasinya pastilah syurga. Dikhabarkan roh2 orang yang beriman akan mencapai destinasi yang paling ditujui iaitu dapat melihat wajah Allah. Subhanallah!!

Wahai para pembaca, ana menyeru jadilah cintamu hanya kepada Allah SWT.. Usahlah membazirkan masa dan waktumu..

Salam ukhuwah..

0 comments:

 

Mahabahtullah | Copyright 2009 - Modified by Amin Rox