12.5.08

cinta Duniawi


salam ukhuwah..

ana terfikir tentang hakikat cinta yang agung jika dibandingkan dengan cinta 'murahan' yng seringkali manusia inginkan. hehe.. cuba anda bayangkan bagaimana hebatnya cinta para syuhada terhadap Allah pada zaman dahulu.

" Wahai panglima-panglima sekalian! kerahkan tentera kita membakar kapal perang kita sekarang! Aku mahu mereka berjihad di tanah ini, di hadapan kita ialah musuh Islam, manakala di belakang kita ialah Lautan! Kalian mempunyai dua pilihan, sama ada syahid atau kemenangan!!!! ayuh!!" kerah Komander Tariq bin Ziad kepada panglima-panglimanya. Dengan kekuatan seramai 700 orang, berbekalkan semangat jihad yang tinggi, yakni tidak takut mati-kerna mati bagi mereka adalah syurga para syuhada. Andulisia (Sepanyol) akhirnya dapat ditawan dengan mudah oleh umat Islam. Tentara musuh yang mempunyai kekuatan seramai 12 000 orang menjadi gerun dan terpaksa menyerah kalah.

Hebat bukan? itulah sebahagian implikasi iman dan takwa serta kecintaan kepada Allah SWT yang tinggi. bukanlah ianya satu bayangan mahupun fartamogana, tapi kita juga mampu melaksanakannya dengan keikhlasan dan pengorbanan yang tidak berbalah bahagi.

ketahuilah rakan-rakanku bahawa hidup di dunia ini hanya sementara, telah pun dibuktikan secara kajian saintifik. Namun ramai yang tidak mengetahuinya. Adakah anda kenal Albert Einstein? Beliau telah memperkenalkan satu teori kerelatifan masa yang menggemparkan seluruh manusia. Katanya, masa itu relatif, iaitu berubah-ubah mengikut individu. Sebagai bukti, anda mungkin merasakan satu jam adalah terlalu singkat, namun pada orang lain satu jam adalah penantian yang menyakitkan. Hal ini kerana manusia telah "dikongkong" dengan format mindanya. oleh itu bolehlah kita katakan bahawa Allah SWT mengetahui segala-galanya, sama ada masa yang lepas, masa yang sedang berlaku dan masa yang akan berlaku.

Di dalam satu ayat, Allah SWT telah menyinis golongan kafir, bahawasanya kehidupan di dunia hanya sementara. Cuma, manusia yang lemah tidak mampu merasai dan memahaminya. Namun jika mereka memahami nescaya tersungkurlah mereka mengabdikan diri di hadapan Allah SWT.

Ingatlah, perkukuhkanlah Imanmu, tinggikanlah takwamu.. Engkau pasti akan disoal di Hadapan Rabbul Jalil suatu hari nanti kelak. Setiap insan yang digelar pemimpin akan disoal.. dari sebesar-besar sehingga sekecil-kecil Atom. Hebat!! Terlalu hebat pada hari itu!! Nabi Muhamad SAW pernah bersabda: " sekiranya kalian melihat keadaan neraka seperti aku melihatnya, nescaya kalian akan ketawa sedikit, berdiam banyak.

salam..

0 comments:

 

Mahabahtullah | Copyright 2009 - Modified by Amin Rox