Salam ukhuwahh
alhamdulillah.. seperti topik2 yg lain, ana seringkali akan membericara tentang cinta, kerna cinta itu fitrah nurani manusia. manusia begitu inginkan cinta, dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. ketahuilah bahawasanya kedatangan Islam membawa erti Cinta yg meluas bagi umat Islam. Maka lahirlah di lubuk hati setiap insan perasaan kasih sayang, hormat-menghoormati, merendah diri, suka membantu dan pelbagai sifat-sifat mammudah. Dengan Nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; maksud perkataan basmallah sudah cukup menjelaskan segalanya tntang Cinta Allah kepada makhluk sekalian Alam.
tidakkah and berfikir, Al-Quran yng menjadi kalam Allah dimulai dengan penjelasan tentang pemurah dan kasihnya Allah itu sendiri. Subhanallah, sesungguhnya rahmat dan kasih sayang Allah lebih meluas dari kemarahan_NYA.
CommentEstate.com: Click Here To Get One
Myspace Code - Chicken Recipes - Watch Naruto Online
Hidup di bawah naungan Cinta membuatkan seseorang itu begitu diharung kerinduan. Mengharap perasaan yang hebat, terlalu manis, Indah tidak terkata, sanggup berkorban apa saja demi membuktikan cinta.
Jika dilihat secara logiknya seorang lelaki sanggup menghabiskan wang ringgit demi mengambil hati kekasihnya. Bahkan jika dilamun perasaan rindu yg mendalam, lelaki tersebut sanggup membahayakan dirinya demi cinta kepada kekasihnya.
tetapi itu hanyalah cinta yg masih murahan kerna setiap insan mampu memperolehnya. hehe..
batol, ianya cinta murahan jika berlandaskan nafsu semata-mata melainkan berteraskan iman dan takwa. orang beriman dan bertakwa mengharap cinta yg sedimikian rupa sebagai wadah pencapaian tahap iman yang hakiki kerna cinta boleh dilahirkan melalui mendirikan rumah tangga bukanlah "bercouple2'. generasi yang lahir daripada buah cinta itu akan dididik menjadi generasi teladan yang seterusnya menyambung perjuangan dalam kesetiaan terhadap agama suci dan pengabdian diri kepada Allah SWT.
Berbalik kepada topik di bawah payung cinta. Kesannya dapat anda fikirkan sejenak. cuba bayangkan sekiranya tidak wujud erti kata cinta dalam diri para syuhada, pejuang2 islam, para pendakwah, nescaya segala tugas mereka mudah hancur.
Contohnya, pasti Tariq bin Ziad melarikan diri semasa berjihad meluaskan agama Islam. Pasti Konstantinopel tidak dapat ditawan oleh sultan mehmed Alfatih. Pasti Islam tidak dibawa oleh para pedagang. Pasti Islam tidak berkembang..Benarkan?
pendek kata, cinta itulah yang sebenarnya membawa manusia sanggup berjuang; Cinta kepada Allah yang tidak berbelah bahagi. Dengan berjuang dan syahid, mereka yakin buah dan bungan cinta mereka ialah syurga yang hakiki. dan nikmat yang tidak dapat ditandingi dengan mana2 nikmat tentulah dapat melihat wajah Allah..
cumanya, diri kita perli ditarbiyah atau dididik untuk mencinta Allah. Bagaimana kita menunjukkan Cinta kita kepada Allah? Takwa. itulah semudah2 bicara.
semoga remaja2 dan dewasa kini sedar betapa penting rasa cinta kepada Allah dan juga Rasul di dalam diri. InsyaAllah. Ana menyeru dengan nama Allah yang Maha pemurah dan MAha Pengasihani, marilah kita bercinta dengan sebenar2 cinta.
Salam ukhuwah..
15.5.08
Di Bawah Naungan Cinta
9:31 AM Posted by Amin Rukaini Mustafa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment