Sifat-sifat seorang Pecinta Illahi:
Salimul Aqidah, Bersih Akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya daripada lubang syirik.
Shahihul Ibadah, Benar Ibadahnya menurut Al-Qur'an dan Assunnah serta jauh daripada segala Bid'ah yang dapat menyesatkannya.
Matinul Khuluq, Mulia Akhlaknya sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahawa Islam adalah rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan Lil Alamin).
Qowiyul Jismi, Kuat Fizikalnya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah/titipan dari Allah SWT.
Mutsaqoful Fikri, Luas wawasan fikirannya sehingga dia mampu menangkap berbagai-bagai informasi serta perkembangan yang terjadi di sekitarnya.
Qodirun 'alal Kasbi, Mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidupnya.
Mujahidun linafsihi, Bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat memaksimumkan setiap kesempatan ataupun keadaan sehingga kelihatan baik pada dirinya ataupun orang lain.
Haritsun 'ala waqtihi, Efisien dalam memanfaatkan waktunya sehingga menjadikannya sebagai seorang yang pantang tidak menggunakan waktu untuk melakukan kebaikan, walau sedetikpun. Kerana waktu yang kita gunakan selama hidup ini akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT.
Munazhom Fii Su'unihi, Tertib dalam urusannya sehingga menjadikan kehidupannya teratur dalam segala hal yang menjadi tanggungjawab dan amanahnya. Dapat menyelesaikan semua masalahnya dengan baik dengan cara yang baik.
Naafi'un Li Ghairihi, Bermanfaat bagi orang lain, sehingga menjadikannya seseorang yang bermanfaat . Kewujudannya akan menjadi sebuah kebahagiaan bagi orang lain dan ketiadaannya akan menjadikan kerinduan pada orang lain.
Mudah-mudahan diri kita ini sentiasa terdorong untuk mengikut jejak langkah sifat-sifat tersebut.. InsyaAllah.
15.6.08
Sifat pecinta Illahi
8:29 PM Posted by Amin Rukaini MustafaLabels: Peribadimu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment