9.6.08

Sedarlah wahai pecinta


Hari ini,
Pada masa ini,
pada saat ini,
Mari kira fikirkan bersama, sejenak kita padamkan memori kemanusiaan yang dipengaruhi oleh nafsu, yang sentiasa digoda oleh syaitan durjana. Nyalakan obor minda mu, cahaya hatimu, suara roh batinmu..

Wahai kalian..
Sedarlah, kamu hanya menumpang di jasadmu itu, ia bukan milikmu, engkau ditiupkan ke dalamnya semasa di dalam rahim ibumu. Engkau pernah mengaku sejelas-jelasnya di hadapan tuhanmu dahulu, Engkau akan patuh pada segala perintahNya, engkau akan tinggalkan laranganNya. Benar, engkau pernah ucapkan, tapi engkau tiada memori untuk mengingatinya. Jadi engkau sedarlah.

Rohmu itu bukanlah material, ia tidak makan yang jasad engkau makan, roh engkau mahukan ketenteraman. Sedarlah kalian, roh mu akan tenang jika engkau menyebut nama tuhanMu, engkau mengingati TuhanMu, Engkau bersolat, engkau berpuasa, meninggalkan perkara2 yang dilarang dan mengikut segala hukum syariat agama.

Jasadmu itu hanyalah seketika, sementara. Engkau melihat nenek moyangmu pergi meninggalkanmu, tidakkah engkau terfikir engkau juga akan mengikuti mereka? Engkau juga akan mati. Yakinlah dengan keyakinan yang sebenar-benarnya. Kematian itu akan datang kepada semua yang bernyawa. Rugilah engkau jika engkau tidak menyedari hakikat kehidupan.
Baliklah engkau kepada agama Allah. Bukalah Hati Engkau untuk menerima Agama Allah sebagai jalan hidupmu, engkau pasti akan bahagia di Akhirat sana, bahkan kehidupan di sana kekal abadi. Disini engkau hanyalah sedang bermain dengan sebuah permainan yang tidak menentu dan hanyalah sementara. SedArlah!

Fokuskan minda mu pada jalan Illahi, Yakinlah, engkau mampu kembali, Tuntutlah Ilmu agama, fahamilah, engkau akan sedar betapa bodohnya Engkau dahulu. Itulah Ilmu, CArilah Iman dengan memperbanyakkan amal soleh, taati perintahnya, berjihadlah! Beramallah secara istiqamah, ikhlas dan tawaduk.

Wahai kalian, lelaki mahupn perempuan, sedarlah di dunia ini hanya permainan, sebenar-benar permainan, tegurlah antara satu sama lain, jika mereka alpa. Jiwa mu itu dahulu suci, maka, sucikanlah ia dengan kebajikan..

Ingat-ingatlah, Allah itu Maha pengasih lagi Maha penyayang..Wailalliqa.

0 comments:

 

Mahabahtullah | Copyright 2009 - Modified by Amin Rox