11.10.09

Cinta Membangkitkan Ummat

0 comments

Alhamdulillah, Alhamdulillahil Khaail, Subhanakala Ilmalana Illa Ma Allam Tana Innakaantal azizulHakim. Amma Ba'du.

Subhanallah. Segala puji bagi tuhan yang menciptakan kita, dan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Ketika perjuangan Baginda bersama-sama para sahabat, semboyan iman dan taqwa begitu kuat. Mereka berjuang atas dasar cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. Mereka juga yakin bahawa agama mereka adalah agama yang lurus. Bahkan mereka sanggup berjuangan berhabis-habisan hingga ke titik darah yang terakhir. MasyaAllah.

Hari ini, dunia merasai impaknya kelemahan umat Islam. Tambahan lagi, pada era kekejaman ini, Islam dipandang serong. Islam dituding jari kerana mengebom dan membunuh di sana sini. Adakah ini yang kita gelar sebagai Islam? Tidak bukan. Para sahabat tidak sama sekali diajar untuk bertindak biadap terhadap mana-mana manusia ketika berperang fi sabilillah. Tapi, hari ini banyak yang salah anggap. Banyak telah berubah. Mengapa jadi begini?

Mungkin jawapannya terletak pada diri kita. Sejauh manakah kita benar-benar sedar akan kekurang yang kita miliki. Perjuangan kita mungkin tidak setulen mana pun, hanya mampu berkumat-kamit pada hujung lidah dan rawak muka. Hati cuba bertekad namun atas kekurangan teknologi dan kekuatan fizikal lah yang menyekat kita. Iman juga kadang- kadang goyah. Asyik ingin lepak, berehat, menghabiskan masa bersembang-sembang, bercakap kosong, inikah hakikat kita?

Jadi, jika ditanya semula, jawapannya mungkin terkandung pada Cinta Kita. Tafsirlah erti cinta, iaitu satu perasaan bersungguh-sungg terhadap sesuatu, tapi masalahnya bukan itu yang ditafsir oleh manusia sekarang. Habis-habis cinta adalah perhubungan suami isteri, itu bagi yang berfikiran baik, kalau yang 'jahat' sikit, maka cinta baginya adalah perasaan kasih terhadap wanita mahupun lelaki tersayang. Mungkin betul mungkin tidak.

Andai kata semua ini berterusan maka bagaimana kita ingin menjadi seperti para sahabat, yang Cinta mereka hanyalah Kepada ISlam dan Allah serta RAsulNya. Allah SWT berfirman:

Katakanlah, "jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (At-taubah :24)

Jelas bukan. Allah terang-terang menyatakan maksud Cinta yang mana selalu manusia letakkan kepada individu, harta, kuasa, pangkat dan kekayaan, tapi bukan itu yang utama. Allah suruh kita bertukar paradima kepada CInta kepada Allah, Rasul, dan Jihad. Jihad pula ada berbagai-bagai macamnya. Dan Jihad yang paling besar bukanlah berperang, berbunuh-bunuhan tapi menentang hawa nafsu. Inilah jawapan kita. Berjihad. Andai kata setiap individu muslim mula berjihad pada maksud yang luas seperti berusaha mempertingkatkan Ilmu, berjihad mengeluarkan dari kebergantungan kepada bangsa asing, berjihad memajukan ekonomi Islam, Berjihad mengamalkan politik Islam, bahkan segala-galanya, Maka kegemilangan ISlam pasti bangkit semula
Wallahualam.

9.9.09

Daerah Cinta

0 comments





Meniti kolam kasih Illahi
Alam terbentang luas, bukit-bukau menghijau, anginnya syahdu meniduri sang tempuan, menhembus kabus dingin, embun pagi bertebaran pada daun-daun yang menghijau di samping kelopak bunga mewangi. Ikan-ikan melompat-lompat, mencari rezeki dinihari, pagi itu nan indah, cahayanya terang benderang. Alam mula kecerahan oleh cahaya keriangan sang suria. Menapak demi langkahan menerangi sgala pelusuk alam.

Bertebaran makhluk mencari rezeki, bebas berpasangan. Masing-masing terus mencari kebebasan. Indahnya ciptaan tuhan. Allah tiada tuhan yang berhak kita sembah. Segala pencitaannya yang maha hebat, sempurna, Dialah yang ebrhak kita puji dan layak kita mohon pertolongan.

Di daerah Cinta
Cinta yang berputik pada setiap insan, apakah perasaan itu dibuat-buat? Tidak, ia muncul dari pelusuk hati nurani. Muncul dari segenap lapisan cinta yang mendalam. Allah jualah yang mewujudkannya.

Sesekali insan-insan yang alpa cuba kelar dari daerah yang benar, mencari cinta yang dianggapnya hebat, padahal fana, mencari daerah cinta penipuan, cinta berlandaskan nafsu dan kehendak syaitan tidak akan ke mana. Cinta tiu cinta fatamorgana, sekali dapat, ianya lesap begitu sahaja.Bahkan ramai yang menghampakan. Melalaikan lagi. Menjunamkan diri ke daerah tandus dan durjana.

Daerah Cinta Illahi
Tenangkan jiwa, lapangkan hati, CIntalah kepada Illahi. Daerah cinta ini merupakan daerah persinggahan yang selama-lamanya. Benih bisa tumbuh, bunga bisa mekar, keindahan bisa keluar dari lubuk kerisauan. Cinta pada daerah ini benar-benar hebat. Tiada tandingan. Dasar cinta ini ialah cinta sebagai seorang hamba kepada pencipta dan cinta pencipta kepada seorang hamba kekal selama-lamanya. Pohonlah, mintalah!

Dasar cinta seorang hamba kepada Allah adalah firman-Nya:

Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah (Almaidah:54)



Adapun orang-orang yang beriman, mereka sangat cinta kepada Allah (Albaqarah:165)
Katakanlah, jika Bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluarga kalian, serta kekayaan yang kalian usahakan, perniagaan yang kalian khawatiri kerugiaannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kalian sukai, adalah lebih kalian cintai daripada Allah, Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Allah tidak memberi petunjuk pada orang-orang yang fasik (At-Taubah:24)


Tatkala seseorang bertanya kepada Rasulullah saw tentang hari kiamat, beliau menjawab dengan sebuah pertanyaan, 'Apa yang sudah engkau persiapkan untuknya?' orang itu menjawab 'tidak lain kecuali bahwa saya mencintai Allah dan Rasul-Nya'. Rasulullah Saw menjawab, 'Engkau beserta orang yang engkau cintai'. (H.R. Bukhari Muslim)



Maka, pergilah mencari daerah yang jelas lagi menenangkan kerana konsep percintaan itu membawa kepada ketenangan dan kegembiraan selama-lamanya bukan sementara.

3.8.09

Melihat Dunia Yang Fana

1 comments



Pernahkan kita hari ini mengambil sedikit waktu yang ruang memikirkan akan kefanaan hidup di dunia ini. Dunia ini penuh dengan tipu daya, bak fatamorgana. Kasyikan nafsu yang bergelora, Hiburan yang melampau-lampau, dan berbagai-bagai. Semuanya itu hanyalah khayalan semata-mata.

Agama itu nasihat. Maksudnya agama memberi kita jalan yang lurus dan membetulkan kita dari jalan yang salah. Tatkala banyak manusia cuba lari dari agama, banyak penemuan Sains Moden Menyokong agama. Nah! Bukan sahaja dari sudut rohaniah dan lahiriah, bahkan menyokong bahawa dunia ini hanyalah fana.

"Dan Kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." 404: 64

Al-quran tegas menyatakan bahawa hidup ini tidak lain tidak bukan hanya sekadar permainan. Bahkan Rasulullah SAW sendiri menyatakan dalam satu hadis yang mafhumnya berbunyi. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini laksana air yang tinggal di jari kamu apabila kamu mencelup jari kamu ke dalam lautan yang luas. Selebihnya itu adalah akhirat.

Andai kata ramai di antara kita masih tidak yakin dengan hidup selepas mati. Bersegeralah bertaubat dan menyesal. Cubalah kita lihat bagaimana Allah SWT perumpaaan kehidupan di dunia ini laksana keadaan tanah yang kering. Allah SWT hidupkan tanah yangkering dengan menurunkan hujan. Dengan kekuasaan-Nya maka keluarlah bermacam-macam jenis hidupan dan tumbuhan. Dan dengan kekuasaan-Nya, Allah mampu mematikan segala-galanya. Fikir-fikirkanlah.

Allah menceritakan bagaimana Dia menciptakan manusia melalui surah Al-Mukminun. Dia jua menceritakan bagaimana manusia itu pada suatu hari akan dibangunkan semula. Jelaslah bahawa pengetahuan Allah itu Maha Luas. Tiada tolok bandingnya. Sedangkan pengetahuan manusia amat terbatas.

Manusia hidup dalam kegelapan. Ada yang mendapat hidayah dan ada jua yang sesat. Beruntunglah golongan yang sentiasa berusaha memperoleh hidayah. Meraka menjadikan kehidupan dunia ibarat tapak semaian dan jual beli pahala yang berpanjangan. Mereka yakin hasil mereka akan dituai pada suatu masa di hadapan rabbul Jalil.

Sains benar-benar mengakui kewujudan Tuhan dan Hari Akhirat. Teori 'Big Bang', teori "expansion of universe' dan jua teori kehancuran cakerawala sudah jelas dipampang pada kaca TV sekarang. Bukannya ia suatu perkara yang susah difahami, cumanya hati manusia masih gelap untuk menerimanya. Andai semuafaha, nescaya amanlah dunia ini. Tenanglah hati semuanya. Ayuh kita menginsafi keadaan hari akhirat kelak yang begitu dahsyat. Terlalu dahsyat untuk dibayangkan. Ibu yang menggandung biasa menyayangi anaknya, tapi pada hari kiamat kelak anaknya ditinggalkan begitu sahaja. Wallualam


Jagalah Hati Jangan Kau Kotori

0 comments

HATI adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati bersih iman kekai di dalamnya. Iman tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Iman hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkan-lah hati selalu. Cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup ialah:

  • Selalu mengingati (zikir) Allah. Dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi. www.familiazam.com
  • Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat atau tanda kekuasaan Allah dalam setiap perkara. Biarkanlah hati menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit. www.familiazam.com
  • Berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yangterbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

18.7.09

Senandung Bidadari Syurga

0 comments


Jika enta mudah sangat terliur melihat kecantikan duniawi sekarang, hentikanlah. Menilai kecantikan di dunia jangan dilihat pada rupa. Kecantikan itu bukanlah segala-galanya. Kalau pula kaum Hawa begitu fanatik akan mencari kecantikan diri sendiri, usah begitu, Allah tidak melihat pada paras rupa tapi pada keikhlasan dan kesucian hati nurani. Itulah yang utama. Namun di akhirat kelak, kecantikan itu tiada tandingannya. Keenakan dan kenikmatan yang terdapat dalam syurga tidak dapat digambarkan, tidak dapat dibayangkan.

Dalam kitab Muj'am Tabrani telah disebutkan melalui hadis Ibnu Umat yang telah mengatakan bahawa Rasullullah SAW pernah bersabda:

"Sesungguhnya para isteri ahli surga benar-benar menyanyi untuk suami masing-masing dengan suara mereka merdu belum pernah terdengar oleh mana-mana manusia pun. Sesungguhnya di antara nyanyian yang disenandungkan olah mereka ialah; Kami wanita yang baik lagi cantik, isteri kaum yang mulia. Sementara mereka memandangnya dengan hati yang bahagia. Sesungguhnya di antara nyanyian yang disenandungkan mereka ialah; Kami adalah wanita kekal tidak akan mati, kami adalah wanita yang aman, tidak pernah merasa takut dan kami adalah wanita yang bermukim dan tidak pernah menghilang"


Nyanyian mereka terlalu merdu, kecantikan mereka terlalu menawan (gambar hiasan)

Dalam Kitab Sahih Muslim pula disebutkan melalui hadis Abu Musa Al-Asy'ari, dari nabi SAW yang telah bersabda:

"Sesungguhnya orang mukmin di dalam syurga benar-benar mendapatkan khemah dari sebuah mutiara berlubang yang panjangnya 70 mil dan baginya di dalam khemah itu terdapat banyak isteri yang digilirnya, namun sebahagian daripada mereka tidak dapat melihat sebahagiannya yang lain." [HR Bukhari, namun mengatakan bahawa dalam riwayatnya 30 mil]

Usah 'cair' pada tipuan dunia sehingga antum semua terjebak dalam kemaksiatan. Usah diikut nafsu yang menyuruh-nyuruh kepada kejahatan. Nikmat dunia hanya sementara. Manakala nikmat yang dijanjikan Allah kelak tidak terkira. Infiniti. Sangat hebat. Jadi, bukalah minda dan jiwa, ayuh kita cari nikmat yang sebenar. Janji Allah adalah benar.

8.7.09

Menggapai cinta Allah

1 comments

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku – yakni dalam tidurku – kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang mengantarkan aku untuk mencintai-Mu.”Dalam amal ubudiyah, cinta (mahabbah) menempati darjat yang paling tinggi. Mencintai Allah dan rasul-Nya bererti melaksanakan seluruh amanat dan ajaran Al-Qur’an dan Sunnah Rasul, disertai luapan kalbu yang dipenuhi rasa cinta.

Pada mulanya, perjalanan cinta seorang hamba menapaki darjat mencintai Allah. Namun pada akhir perjalanan rohaninya, sang hamba mendapatkan darjat wahana yang dicintaiNya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku – yakni dalam tidurku – kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang mengantarkan aku untuk mencintai-Mu.”

Dalam buku “Mahabbatullah” (mencintai Allah), Imum Ibnu Qayyim menuturkan tahap-tahap menuju wahana cinta Allah. Bahawasanya cinta sentiasa berkaitan dcngan amal. Dan amal sangat tergantung pada keikhlasan kalbu, di sanalah cinta Allah berlabuh. Hal ini Cinta Allah merupakan refleksi daripada disiplin keimanan dan kecintaan yang terpuji, bukan kecintaan yang tercela yang menjerumuskan kepada cinta selain Allah.

Tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah sebagai berikut:

1. Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar. Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah swt. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak bisa ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan “Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas mahluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan semacam itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

2. Taqarub kepada Allah swt, melalui ibadah-ibadah sunnah setalah melakukan ibadah-ibadah fardlu. Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunnah, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, antaranya ialah: solat sunat, puasa-puasa sunat,sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam Haji dan Umrah.

3. Melazimkankan zikir kepada Allah dalam segala tingkah laku, melalui lisan, kalbu, amal dan perilaku. Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepadaNya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu,selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berdzikir) kepadaKu”.

4. Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri. Mengutamakan cinta kepada Allah di atas cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayang-bayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh mahluk. Inilah darjat para Nabi, di atas itu darjat para Rasul dan di atasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab beliau mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

5.Kesinambungan musyahadah (menyaksikan) dan ma’rifat (mengenal) Allah s.w.t. Penglihatan kalbunya terarah kepada nama-nama Allah dan sifat-sifatNya. Kesedaran dan penglihatan kalbunya berkelana di taman ma’rifatullah (pengenalan Allah yang paling tinggi). Barang siapa ma’rifat kepada asma-asma Allah, sifat-sifat dan af’al-af’al Allah dengan penyaksian dan kesedaran yang mendalam, niscaya akan dicintai Allah.

6. Menghayati kebaikan, kebesaran dan nikmat Allah lahir dan batin akan menyampaikann kepada cinta hakiki kepadaNya. Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah s.w.t. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan menghantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.

7. Ketundukan hati secara total di hadapan Allah, inilah yang disebut dengan khusyu’. Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan menyampaikan kepada cinta Allah yang hakiki.

8. Menyendiri bersama Allah ketika Dia turun. Yaitu saat sepertiga terakhir malam. Pada saat itulah Allah s.w.t. turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepadaNya dengan melaksanakan solat malam agar mendapatkan cinta Allah.

9. Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah, maka iapun akan mendapatkan cinta Allah s.w.t.

12.6.09

Zikrullah

0 comments

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”

Baihaqi


Pengajaran Hadis:

Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakankayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim
yang sebenar.

Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untukberzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada Allah.

Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin, jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.

10.6.09

Love Of Allah By Yusuf Estes

0 comments

Lets view and listen to this movie, take your time, sit back and relax. YUSUF ESTES is the one who before this was a preacher, but now he is a muslim, converted from Chritstian to Islam.

26.5.09

Membangunkan jiwa tajdid dan mujahid

0 comments

Dewasa kini, berbagai-bagai watak dan ragam kita lihat di ruang media, di ruang TV, akhbar dan majalah. Tidak kurang ada yang menunjukkan aksi melampau seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Seolah-olah tiada hukum yang berkuat kuasa dalam era ini. Sama ada dari aspek ekonominya, sosialnya dan juga politik, semuanya terjunam ke dalam kancah yang kita panggil kemaksiatan. 


Senario ini bukanlah satu perkara pelik dan baru bagi kita, bahkan menjadi kebiasaan dan candu kepada kehancuran. Gejala sosial yang berleluasa, seks bebas, penzinaan, sumbang mahram, pembuang bayi, merompak, mencuri dan macam-macam lagi. Dari segi politiknya pula, berlaku banyak pecah amanah, rasuah bermaharajalela, perebutan kuasa dan lain-lain. Perkara ini bukan sahaja berlaku setakat di negara ini, bahkan di seluruh dunia. Semuanya disebabkan sifat rakus manusia durjana dalam merebut harta dan kuasa. Dari segi ekonominya pula, penindasan, monopoli perniagaan berleluasa, riba diperaktikkan, merompak, mencuri dan rasuah ibarat perkara biasa yang tiada apa-apa.

Dan kehidupan dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui. 30:64

Di manakah jiwa yang merdeka? Jiwa yang bebas dari semua belenggu jahiliah tadi? Natijahnya, semakin maju manusia semakin hancurlah akhlak dan akidah ummat kita. Usah ditnya salah siapa, usah dituding kepada sesiapa, usah dimaki pihak berkuasa. Semuanya perlu dikaji semula, dilihat secara terperinci. 

Jiwa muda-mudi kini ketandusan iman dan takwa. Keseronokan dan hiburan menjadi tuhan malapetaka, berajakan nafsu serakah, berpermaisurikan syaitan laknatullah. Iman yang nipis bak kulit bawang bisa dieroboh dengan begitu mudah sekali. Sekali harung hancurlah muda-mudi kita. Masjid menjadi golongan orang tua beriktikaf, menghabiskan sisa-sisa hidup; risau tidak sempat bertaubat. Walhal, pawagam, pub-pub, casino dan 'arcade' pula dipenuhi ratusan muda-mudi. Masa mereka terbuang bak air yang mengalir deras dari jeram yang tinggi, tiada henti-henti. Gejala sosial bertambah-tambah. pergaulan bebas lelaki dengan wanita tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan. Punah seranah harapan datuk nenek, ibu ayah, abang adik.

Negeri akhirat itu Kami jadikan bagi orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu bagi orang-orang yang bertakwa. (28:83)

Begutlah situasi zaman pasca kemerdekaan sekarang. Jelasnya generasi masa depan dihimpit kerundungan. Jiwa mereka jiwa yang tandus. Iman mereka iman yang nipis. Agen perubahan perlu dilaksanakan. Jiwa yang tajdid perlu digerakkan. Para mujahid alaf baru perlu dihidupkan. Merekalah pejuang agama. Agama menjadi pegangan bukan mainan, bukan sekadar sandaran keselesaan. Mereka berjuang demi keamanan. Mereka muda-mudi yang mengenali Islam pada kaca mata sebenar melalui penyerapan jiwa dan nurani. Mereka faham akan kehidupan dunia. Mereka yakin adanya hari pembalasan. Mereka tidak alpa dan juga tidak leka.

Laksana jet pejuang F-22 Raptor buatana US, mereka mengatur langkah, mentarbiyah jiwa baru, mendidik diri , menyemai kasih sayang yang abadi. Keikhlasan mereka tiada tandingan. Masjid tempat mereka melepaskan tekanan. Sujud menjadi tanda kemegahan. Solat pengubat duka dalam segala keadaan. Mereka buka golongan penolak kemajuaan. mereka yakin kemajuan tetap kemajua. tapi setiap kemajuan perlu ada kemanfaatan beragama. Berpolitik pun mesti ada konsep pengabdian sebagai khalifah, amanah perlu dijaga, rasuah perlu dibanteras dan kermedekaan minda menjadi wadah dalam penjanaan modal insan sebenar.

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yangn benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung. (9:111)

Perjuangan mereka hanya satu, mencari kebenaran dan menghidupkan semula kegemilagan masa lampau. Kegemilangan yang pernah mereka dengar, namun kali mereka ingin melihat pula. Mereka ingin menjadi bak Salehuddin Al-Ayubi, Sultan Mehmed Al-Fateh, dan Ziyad Bin tariq. Jiwa mereka jiwa yang tajdid, jiwa yang baru dari yang baru. Jiwa mereka berbeza dari jiwa muda-mudi kini. Jiwa mereka jiwa yang bebas dari cengkaman kafirun, musyrikun dan munafikun.  Mereka inilah golongan yang pasti berjaya. Mereka amat benci kepada kemaksiatan tetapi suka akan kebajikan. Mereka laksana singa yang kelaparan menagih keinsafan dan juga keadilan. Mereka ialah para mujahid alaf baru. Para mujahid yang berjuang membebaskan jiwa dan minda dari jajahan mentaliti dunia zionisme dan dunia hedonisme. 


Ayuh jiwa yang ingin merdeka seperti mereka, usah takut dibelenggu ketakutan, kerisauan. Jiwa yang ingin merdeka bukan jiwa yang pengecut. jJiwa yang ingin merdeka perlu berani. Semboyan berani perlu dilaungkan sekuat-kuatnya dalam jiwa dan hati. Ketakwaan perlu dijana, keimanan perlu dipertebalkan. Keseronokan perlu dikecilkan. Ayuh!

Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, Sesungguhnya Allah mengapuni dosa-dosa (kecuali syirik) semuanya. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. (39:53)

1.2.09

Cinta Terlarang

0 comments

Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua - duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak yang berlaku. Semuanya seolah - olah halal hanya kerana cinta. Racun - racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja.


Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikan - bohsia, bohjan , buang bayi, dan zina. Ketika itu indahkah cinta? Peraturan cinta bagai tanda - tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan - peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh mendekatkan diri kita kepadaNya. Cintailah sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencari Allah. Sehubunagn dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untukAllah.


Tetapi bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usah lah bercinta sekadar untuk bersuka - suka . Lebih buruk lagi janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya - cinta monyet!

1.1.09

Allah's Love

4 comments

  • A man may say to his wife "I love you" but he beats her and does not provide for her. Does he love her?
  • A wife says to her husband "I love you" but when he desires sex she does not agree to it. Does she love him?
  • A child says to his parents "I love you" but he disobeys them most of the time. Does he/she love them?

Love must be translated in action, attitude and behavior, otherwise it is just a word without meaning. Similarly Allah's love is translated in His attributes of forgiving, compassion and mercy. Look around and you will find that Allah's mercy is spread all around. "Bismillahir-Rahmanir-Raheem" means "In the name of Allah the Most Merciful, the Most Compassionate." The words are AR-RaHMan and AR-RaHeeM. AR represents the article AL, meaning "the". The root word is RHM, which may be read as RaHiMa or RaHaMa, means mercy. Allah does not use two identical words next to each other unless there is a difference in their meaning.

Allah is Ar-Raheem for all humankind irrespective of their belief in Allah and their character whether they believe in Allah or not; whether they are good-doers or evil-doers; they all obtain their sustenance from Allah. Many evil people are very rich because Allah decided to give them all the wealth and good things of this life; this is because Allah is Ar-Raheem. Allah is also Ar-Rahman for the believers in Him; they are good-doers. They receive special blessings from Allah, that is, happiness and contentment in this life and reward in the hereafter.

 

Mahabahtullah | Copyright 2009 - Modified by Amin Rox