11.10.09

Cinta Membangkitkan Ummat


Alhamdulillah, Alhamdulillahil Khaail, Subhanakala Ilmalana Illa Ma Allam Tana Innakaantal azizulHakim. Amma Ba'du.

Subhanallah. Segala puji bagi tuhan yang menciptakan kita, dan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Ketika perjuangan Baginda bersama-sama para sahabat, semboyan iman dan taqwa begitu kuat. Mereka berjuang atas dasar cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. Mereka juga yakin bahawa agama mereka adalah agama yang lurus. Bahkan mereka sanggup berjuangan berhabis-habisan hingga ke titik darah yang terakhir. MasyaAllah.

Hari ini, dunia merasai impaknya kelemahan umat Islam. Tambahan lagi, pada era kekejaman ini, Islam dipandang serong. Islam dituding jari kerana mengebom dan membunuh di sana sini. Adakah ini yang kita gelar sebagai Islam? Tidak bukan. Para sahabat tidak sama sekali diajar untuk bertindak biadap terhadap mana-mana manusia ketika berperang fi sabilillah. Tapi, hari ini banyak yang salah anggap. Banyak telah berubah. Mengapa jadi begini?

Mungkin jawapannya terletak pada diri kita. Sejauh manakah kita benar-benar sedar akan kekurang yang kita miliki. Perjuangan kita mungkin tidak setulen mana pun, hanya mampu berkumat-kamit pada hujung lidah dan rawak muka. Hati cuba bertekad namun atas kekurangan teknologi dan kekuatan fizikal lah yang menyekat kita. Iman juga kadang- kadang goyah. Asyik ingin lepak, berehat, menghabiskan masa bersembang-sembang, bercakap kosong, inikah hakikat kita?

Jadi, jika ditanya semula, jawapannya mungkin terkandung pada Cinta Kita. Tafsirlah erti cinta, iaitu satu perasaan bersungguh-sungg terhadap sesuatu, tapi masalahnya bukan itu yang ditafsir oleh manusia sekarang. Habis-habis cinta adalah perhubungan suami isteri, itu bagi yang berfikiran baik, kalau yang 'jahat' sikit, maka cinta baginya adalah perasaan kasih terhadap wanita mahupun lelaki tersayang. Mungkin betul mungkin tidak.

Andai kata semua ini berterusan maka bagaimana kita ingin menjadi seperti para sahabat, yang Cinta mereka hanyalah Kepada ISlam dan Allah serta RAsulNya. Allah SWT berfirman:

Katakanlah, "jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (At-taubah :24)

Jelas bukan. Allah terang-terang menyatakan maksud Cinta yang mana selalu manusia letakkan kepada individu, harta, kuasa, pangkat dan kekayaan, tapi bukan itu yang utama. Allah suruh kita bertukar paradima kepada CInta kepada Allah, Rasul, dan Jihad. Jihad pula ada berbagai-bagai macamnya. Dan Jihad yang paling besar bukanlah berperang, berbunuh-bunuhan tapi menentang hawa nafsu. Inilah jawapan kita. Berjihad. Andai kata setiap individu muslim mula berjihad pada maksud yang luas seperti berusaha mempertingkatkan Ilmu, berjihad mengeluarkan dari kebergantungan kepada bangsa asing, berjihad memajukan ekonomi Islam, Berjihad mengamalkan politik Islam, bahkan segala-galanya, Maka kegemilangan ISlam pasti bangkit semula
Wallahualam.

0 comments:

 

Mahabahtullah | Copyright 2009 - Modified by Amin Rox