Pernahkan kita hari ini mengambil sedikit waktu yang ruang memikirkan akan kefanaan hidup di dunia ini. Dunia ini penuh dengan tipu daya, bak fatamorgana. Kasyikan nafsu yang bergelora, Hiburan yang melampau-lampau, dan berbagai-bagai. Semuanya itu hanyalah khayalan semata-mata.
Agama itu nasihat. Maksudnya agama memberi kita jalan yang lurus dan membetulkan kita dari jalan yang salah. Tatkala banyak manusia cuba lari dari agama, banyak penemuan Sains Moden Menyokong agama. Nah! Bukan sahaja dari sudut rohaniah dan lahiriah, bahkan menyokong bahawa dunia ini hanyalah fana.
"Dan Kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." 404: 64
Al-quran tegas menyatakan bahawa hidup ini tidak lain tidak bukan hanya sekadar permainan. Bahkan Rasulullah SAW sendiri menyatakan dalam satu hadis yang mafhumnya berbunyi. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini laksana air yang tinggal di jari kamu apabila kamu mencelup jari kamu ke dalam lautan yang luas. Selebihnya itu adalah akhirat.
Andai kata ramai di antara kita masih tidak yakin dengan hidup selepas mati. Bersegeralah bertaubat dan menyesal. Cubalah kita lihat bagaimana Allah SWT perumpaaan kehidupan di dunia ini laksana keadaan tanah yang kering. Allah SWT hidupkan tanah yangkering dengan menurunkan hujan. Dengan kekuasaan-Nya maka keluarlah bermacam-macam jenis hidupan dan tumbuhan. Dan dengan kekuasaan-Nya, Allah mampu mematikan segala-galanya. Fikir-fikirkanlah.
Allah menceritakan bagaimana Dia menciptakan manusia melalui surah Al-Mukminun. Dia jua menceritakan bagaimana manusia itu pada suatu hari akan dibangunkan semula. Jelaslah bahawa pengetahuan Allah itu Maha Luas. Tiada tolok bandingnya. Sedangkan pengetahuan manusia amat terbatas.
Manusia hidup dalam kegelapan. Ada yang mendapat hidayah dan ada jua yang sesat. Beruntunglah golongan yang sentiasa berusaha memperoleh hidayah. Meraka menjadikan kehidupan dunia ibarat tapak semaian dan jual beli pahala yang berpanjangan. Mereka yakin hasil mereka akan dituai pada suatu masa di hadapan rabbul Jalil.
Sains benar-benar mengakui kewujudan Tuhan dan Hari Akhirat. Teori 'Big Bang', teori "expansion of universe' dan jua teori kehancuran cakerawala sudah jelas dipampang pada kaca TV sekarang. Bukannya ia suatu perkara yang susah difahami, cumanya hati manusia masih gelap untuk menerimanya. Andai semuafaha, nescaya amanlah dunia ini. Tenanglah hati semuanya. Ayuh kita menginsafi keadaan hari akhirat kelak yang begitu dahsyat. Terlalu dahsyat untuk dibayangkan. Ibu yang menggandung biasa menyayangi anaknya, tapi pada hari kiamat kelak anaknya ditinggalkan begitu sahaja. Wallualam
1 comments:
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." -al Hadid:20
Post a Comment