18.8.08

Kecantikan Muslimah pada sudut Islam



Apakah yang dikatakan kecantikan? Iaitu sesuatu yang elok dipandang. Islam amat menekankan kecantikan yang lahir dari sifat2 mahmudah. Yang dibentuk meliputi segala aspek luaran dan dalaman. Suka saya mengingatkan kepada teman apabila berCermin ucapkanlah "Ya Allah, sebagaimana Engkau perelokkan kejadian ku, Engkau elokkanlah akhlak-ku". Kerana dengan kecantikan akhlak ada daya tarikan tersendiri dan dayanya lebih kuat daripada kecantikan wajah. Nilai paling berharga buat muslimah sejati ialah kecantikan akhlak atau budi. Akhlak sesama insan dan akhlak terhadap Allah.
Sudah menjadi fitrah manusia (wanita) untuk menampakkan diri agar kelihatan/dipandang cantik. Allah itu sendiri cantik dan suka kepada kecantikan, oleh itu manusia sendiri harus meletakkan kecantikan pada dirinya. Namun Islam ada menggariskan panduan untuk muslimah yang mementingkan kecantikan yang hakiki. Terdapat beberapa faktor dimana kecantikan itu boleh dibentuk iaitu faktor fizikal iaitu luaran, faktor mental iaitu dalaman dan faktor kerohanian iaitu membentuk roh.

Lelaki dimasa ini sering tertarik kepada kecantikan wajah, keliuran bentuk tubuh dan berharta. Kepada muslimah janganlah berasa bimbang kerana lelaki jenis ini tidak layak untuk dijadikan suami. Bak kata pepatah Melayu "Habis madu sepah dibuang". Kecantikan dari segi mental juga melibatkan pemikiran yang positif, yakin pada diri, sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, dapat melihat kecantikan orang lain, tidak sombong, pemaaf, berlapang dada, menerima teguran secara positif, tidak mementingkan diri sendiri, suka tolong orang lain, ceria dan penyabar.

Kecantikan kerohanian pula banyak menitik beratkan hubungan kita dengan Allah. Dengan pembetukkan kerohanianlah maka terpancarlah 'Nur' cahaya yang datang akibat dari kerja amalan kita. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Solat ialah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat salah satunya ialah Daya Penarik pada wajah. Islam menyarankan bahawa kecantikan yang hakiki berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam. Cantik dimata Allah lebih penting dari cantik pada pandangan manusia. Antara amalan yang perlu kita lakukan untuk meningkatkan kecantikan rohani termasuklah:

a. mengerjakan solat fardhu dengan sempurna.

b. membaca Al-Quran setiap hari

c. Amalkan sunnah2 nabi dalam kehidupan seharian. cthnya:menutup aurat.

d. Mengerjakan puasa sunat.

e. Banyak bersedekah

g. Bermaaf-maafan setiap hari.

Wahai teman-temanku masih belum terlewat untuk kita sentiasa merasakan kita ini memang insan yang diselubungi banyak kesilapan dan perlu banyak bertaubat kerana semulia-mulia manusia menjadi habuan tanah. Akan tiba wajah kita yang cantik tanpa diselimuti dengan akhlak dan peribadi yang mulia dikerumuni cacing dan ditimbuni tanah diliang lahad. Hanya dengan kecantikan akhlak dan amalan2 yang mulia sahaja menjadi penyeri dan teman dialam berzakh.

3 comments:

sky pirate said...

fuyoo...memang betul and besh lar blog amin ni...tgkat kan usaha...i'm looking forward for your new post...can't wait. syabas!

: Hamba Allah said...

Salam ukhwah,
~cinta bukan kerana keindahan yang hanya nampak di mata tetapi penyatuan hati dan jiwa keranaNya..

Anonymous said...

salam,benarkah cinta itu wujud?benarkah cinta itu indah?salahkah klu saya xpercaya pd cinta dan menolak ia?someone please gice me an advice

 

Mahabahtullah | Copyright 2009 - Modified by Amin Rox