18.8.08

Kasihan mereka..


Melihat mereka, aku tidaklah tergoda, bahkan hati ini tidak mahu membenci mereka. Mereka jua insan seperti aku, tapi melihat mereka, aku kasihan, amat-amat kasihan..

Berada di tengah2 lautan manusia, mataku kadang-kadang tidak pernah terlepas dihujani pandangan wajah mereka, susuk tubuh mereka, yang aku fikir pasti mengiurkan sesiapa sahaja.

Kasihan mereka, itulah apa yang aku ingin sampaikan..
Wanita sekarang, tidak semua tapi segelintir..itulah mereka. Mereka hadir di pentas kehidupan jalanan khususnya, berwajah jelita, anggun, menarik ramai jejaka remaja, memang "mengancam".

Dari atas, tiada sehelai benang menutup rambut mereka, mungkin ingin memperlihatkan kelurusan rambut mereka.. mungkin.. Ada yang berwarna, ada yang hitam semula jadi, ibarat model dalam iklan shampoo..fuh..menarik kot.. Ke bawah sedikit, astaghfirullah, tidak ingin aku ceritakan, memang mengangcam mana-mana lelaki yang menbacanya.

Bukan keghairahan itu yang aku ingin simpulkan, tapi kasihan mereka.. Mereka hanya ada mata tapi tiada mata hati. Mreka hanya dapat melihat kesenangan di dunia sementara ini, namun mereka buta akan akhirat kelak. Tidakkah mereka mengetahui betapa azabnya seksaan terhadap wanita yang menampakkan aurat mereka? Aduh, andainya aku mampu menegur mereka semua pasti aku lakukan dengan hebatnya, sebab aku kasihankan mereka. Wahai lelaki dan jejaka yang kononnya 'gentleman'.. Aku harap korang jadilah gentleman dalam erti kata sebenar, kasihanilah mereka, iaitu wanita yang aku maksudkan tadi..Jauhkanlah diri mereka dari azab seksaan yang teramat pedih itu.. Nasihatilah dan tegurlah mereka dengan sebaik mungkin.

Aku kasihankan mereka..
Aku tidak pernah membenci mereka, aku hanya benci pada perbuatan mereka.

Mungkin mereka belum mengetahui akan hal akhirat, sedarkanlah mereka, wahai kalian yang mengetahui..

Ingat, kasihanilah mereka..
Wahai wanita, jagalah auratmu, peliharalah maruah dirimu, jadilah insan solehah. Syurga jualah tempat yang layak bagimu wahai wanita.. kembalilah pada agama.. Aku merayu..
Sedarlah..

2 comments:

Anonymous said...

tu lah..memang kadang2 tu rasa kesian kat diorg yg tak mengerti dan tidak tahu apa yg sedang mereka lakukan tu..

tp ada jugak yang awal2 lagi DAH TAHU, cuma TIDAK MAHU utk berubah arahnya..macam mane ek..mmm...

Amin Rukaini Mustafa said...

rasanya hati itulah dulu yang perlu dibersih..

jika hati dipenuhi titik hitam, sukarlah..
bersihkan hati.. insyaAllah MEREKA mampu lakukan.

 

Mahabahtullah | Copyright 2009 - Modified by Amin Rox