Wahai pemuda-pemudi, andai kata kita sama-sama mampu menanam perasaan ini dalam diri kita, nescaya kita mampu mentamadunkan Islam semul
Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan. Namun Allah tidak egois mendominasi cinta hamba-Nya. Dia berikan kita cinta dengan anak, isteri, suami, orang tua, kaum muslimin. Tapi cinta itu tentu kedudukannya tidak melebihi cinta kita pada Allah, kerana Allah mengatakan,
“Katakanlah! ‘Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta-benda yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatiri akan merugi dan rumah tangga yang kamu senangi (manakala itu semua) lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan berjiha di jalan-Nya, maka tunggulah keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.”
Cinta. Sebuah kata singkat yang memiliki makna yang begitu luas. Walaupun belum ditafsiri secara pasti, namun kewujudan cinta diakui oleh semua orang. Al-Ghazali mengatakan cinta itu ibarat sebatang kayu yang baik. Akarnya tetap di bumi, cabangya di langit dan buahnya lahir batin, lidah dan anggota-anggota badan. Ditujukan oleh pengaruh-pengaruh yang muncul dari cinta itu dalam hati dan anggota badan, seperti ditujukkanya asap dalam api dan ditunjukkanya buah dan pohon.
Prestasi kepahlawanan para pejuang tidak terlepas daripada pengaruh cintanya seorang pemuda kepada pemudi. Umar bin Abdul Aziz berhasil memenangkan pertarungan cinta sucinya kepada Allah daripada cinta tidak bertuannya kepada seorang gadis. Tidak ada yang salah pada cinta. Berusahalah menempatkannya pada tempat, waktu dan posisi yang tepat.
"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu."
"Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu"
"Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu."
"Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu."
"Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu."
"Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu."
"Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu."
"Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu."
"Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu."
"Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu."
Cinta itu Fitrah Manusia. Kembalilah kepada Fitrah dengan mengesakan-Nya. Usahlah engkau alpa dan leka dalam meniti cinta-cinta murahan yang belum tentu menjanjikan kepuasan selama-lamanya. Laksanakanlah segala suruhan bukti kecintaan kita kepada-Nya, dan tinggalkanlah segala larangan-Nya. marilah.. Ayuh.
21.8.08
Jika Mahabah merangkum jiwaku
1 comments 7:43 AM Posted by Amin Rukaini MustafaLabels: Kekuatan cinta, mahabah
18.8.08
Kecantikan Muslimah pada sudut Islam
3 comments 4:39 PM Posted by Amin Rukaini MustafaLabels: Tips
| |||
Apakah yang dikatakan kecantikan? Iaitu sesuatu yang elok dipandang. Islam amat menekankan kecantikan yang lahir dari sifat2 mahmudah. Yang dibentuk meliputi segala aspek luaran dan dalaman. Suka saya mengingatkan kepada teman apabila berCermin ucapkanlah "Ya Allah, sebagaimana Engkau perelokkan kejadian ku, Engkau elokkanlah akhlak-ku". Kerana dengan kecantikan akhlak ada daya tarikan tersendiri dan dayanya lebih kuat daripada kecantikan wajah. Nilai paling berharga buat muslimah sejati ialah kecantikan akhlak atau budi. Akhlak sesama insan dan akhlak terhadap Allah. Sudah menjadi fitrah manusia (wanita) untuk menampakkan diri agar kelihatan/dipandang cantik. Allah itu sendiri cantik dan suka kepada kecantikan, oleh itu manusia sendiri harus meletakkan kecantikan pada dirinya. Namun Islam ada menggariskan panduan untuk muslimah yang mementingkan kecantikan yang hakiki. Terdapat beberapa faktor dimana kecantikan itu boleh dibentuk iaitu faktor fizikal iaitu luaran, faktor mental iaitu dalaman dan faktor kerohanian iaitu membentuk roh. Lelaki dimasa ini sering tertarik kepada kecantikan wajah, keliuran bentuk tubuh dan berharta. Kepada muslimah janganlah berasa bimbang kerana lelaki jenis ini tidak layak untuk dijadikan suami. Bak kata pepatah Melayu "Habis madu sepah dibuang". Kecantikan dari segi mental juga melibatkan pemikiran yang positif, yakin pada diri, sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, dapat melihat kecantikan orang lain, tidak sombong, pemaaf, berlapang dada, menerima teguran secara positif, tidak mementingkan diri sendiri, suka tolong orang lain, ceria dan penyabar. Kecantikan kerohanian pula banyak menitik beratkan hubungan kita dengan Allah. Dengan pembetukkan kerohanianlah maka terpancarlah 'Nur' cahaya yang datang akibat dari kerja amalan kita. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Solat ialah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat salah satunya ialah Daya Penarik pada wajah. Islam menyarankan bahawa kecantikan yang hakiki berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam. Cantik dimata Allah lebih penting dari cantik pada pandangan manusia. Antara amalan yang perlu kita lakukan untuk meningkatkan kecantikan rohani termasuklah: a. mengerjakan solat fardhu dengan sempurna. b. membaca Al-Quran setiap hari c. Amalkan sunnah2 nabi dalam kehidupan seharian. cthnya:menutup aurat. d. Mengerjakan puasa sunat. e. Banyak bersedekah g. Bermaaf-maafan setiap hari. Wahai teman-temanku masih belum terlewat untuk kita sentiasa merasakan kita ini memang insan yang diselubungi banyak kesilapan dan perlu banyak bertaubat kerana semulia-mulia manusia menjadi habuan tanah. Akan tiba wajah kita yang cantik tanpa diselimuti dengan akhlak dan peribadi yang mulia dikerumuni cacing dan ditimbuni tanah diliang lahad. Hanya dengan kecantikan akhlak dan amalan2 yang mulia sahaja menjadi penyeri dan teman dialam berzakh. |
Kasihan mereka..
2 comments 1:00 AM Posted by Amin Rukaini MustafaLabels: kasihanilah, rayuan.., tabarruj, wanita kini
Melihat mereka, aku tidaklah tergoda, bahkan hati ini tidak mahu membenci mereka. Mereka jua insan seperti aku, tapi melihat mereka, aku kasihan, amat-amat kasihan..
Berada di tengah2 lautan manusia, mataku kadang-kadang tidak pernah terlepas dihujani pandangan wajah mereka, susuk tubuh mereka, yang aku fikir pasti mengiurkan sesiapa sahaja.
Kasihan mereka, itulah apa yang aku ingin sampaikan..
Wanita sekarang, tidak semua tapi segelintir..itulah mereka. Mereka hadir di pentas kehidupan jalanan khususnya, berwajah jelita, anggun, menarik ramai jejaka remaja, memang "mengancam".
Dari atas, tiada sehelai benang menutup rambut mereka, mungkin ingin memperlihatkan kelurusan rambut mereka.. mungkin.. Ada yang berwarna, ada yang hitam semula jadi, ibarat model dalam iklan shampoo..fuh..menarik kot.. Ke bawah sedikit, astaghfirullah, tidak ingin aku ceritakan, memang mengangcam mana-mana lelaki yang menbacanya.
Bukan keghairahan itu yang aku ingin simpulkan, tapi kasihan mereka.. Mereka hanya ada mata tapi tiada mata hati. Mreka hanya dapat melihat kesenangan di dunia sementara ini, namun mereka buta akan akhirat kelak. Tidakkah mereka mengetahui betapa azabnya seksaan terhadap wanita yang menampakkan aurat mereka? Aduh, andainya aku mampu menegur mereka semua pasti aku lakukan dengan hebatnya, sebab aku kasihankan mereka. Wahai lelaki dan jejaka yang kononnya 'gentleman'.. Aku harap korang jadilah gentleman dalam erti kata sebenar, kasihanilah mereka, iaitu wanita yang aku maksudkan tadi..Jauhkanlah diri mereka dari azab seksaan yang teramat pedih itu.. Nasihatilah dan tegurlah mereka dengan sebaik mungkin.
Aku kasihankan mereka..
Aku tidak pernah membenci mereka, aku hanya benci pada perbuatan mereka.
Mungkin mereka belum mengetahui akan hal akhirat, sedarkanlah mereka, wahai kalian yang mengetahui..
Ingat, kasihanilah mereka..
Wahai wanita, jagalah auratmu, peliharalah maruah dirimu, jadilah insan solehah. Syurga jualah tempat yang layak bagimu wahai wanita.. kembalilah pada agama.. Aku merayu..
Sedarlah..